Friday, August 20, 2010

Pencarian Rakan Exco PSP UPSI

Majlis Dialog dengan Bukit Aman (Special Branch)

Dalam memantapkan lagi PSP serta melicinkan pentadbiran persatuan, Majlis Tertinggi PSP dan semua Exco bersetuju untuk melakukan pencarian rakan exco bagi setiap exco PSP dan Majlis Tertinggi yang ingin berkhidmat untuk persatuan.  Selain membantu meringankan tugas exco, perlantikan rakan exco atau REXCO ini dapat dijadikan paltform untuk mencari pelapis pucuk pimpinan persatuan pada masa hadapan. Semoga dengan perlantikan REXCO ini akan dapat menjadikan PSP terus gemilang memacu kecemerlangan...

# Pada 21 Ogos 2010, borang permohonan REXCO telah diedar dan senarai penuh REXCO setiap Exco sesi 2010/2011 akan dimaklumkan kemudian.

Monday, August 16, 2010

Majlis Berbuka Puasa Perdana SUKSIS UPSI


Salam Ramadhan buat semua. Sempena bulan yang penuh barakah ini, PSP UPSI dengan kerjasama Pejabat Pentadbiran SUKSIS UPSI akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana SUKSIS UPSI bagi mengeratkan silaturrahim serta menghayati bulan yang mulia ini. Selain sesi berbuka puasa bersama-sama, majlis ini juga akan mengadakan solat maghrib , isyak dan tarawikh berjemaah. Sepekara yang menarik bagi majlis ini ialah penglibatan semua anggota termasuk non-muslim. butir- butir majlis adalah seperti berikut:

TARIKH: 21 OGOS 2010
MASA: 5.00 pm hingga 11.00 pm
TEMPAT: Belakang Auditorium ( Berbuka puasa) &
Dewan Rahman Talib ( solat berjemaah)
Pakaian Anggota: Baju Melayu Hitam & Bersampin ( Lelaki)
Baju Kurung ( wanita)    





Sunday, August 15, 2010

Pertandingan Mencipta Logo PSP UPSI




~pertandingan mencipta logo sempena penjenamaan semula persatuan.click here~
  •     Pertandingan mencipta logo ini terbuka kepada semua ahli persatuan. Tarikh tutup adalah     pada 18 Ogos 2010 (Rabu).
  •     Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:
 1. Terbuka kepada semua ahli persatuan (termasuk pegawai tauliah)

 2. Setiap individu boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

 3. Format penyertaan samada digital ( cth: JPEG) atau lukisan tangan.
     Bagi format digital, penggunaan perisian (software) adalah bebas, manakala format lukisan tangan

     hendaklah berwarna.

 4. Penggunaan warna adalah bebas tetapi tidak melebihi 4 warna.


 5. Penciptaan logo mestilah ada kaitan dan melambangkan Persatuan Sukarelawan Polis (PSP) UPSI.


 6. Setiap logo yang dihantar perlulah disertakan dengan penerangan tentang logo dan maksud yang terkandung di dalamnya.

7. Penghantaran penyertaan adalah dalam bentuk soft copy dan hard copy  (digital). Bagi lukisan tangan hanya perlu menghantar hard copy.
       

8. Segala penyertaan akan menjadi hak milik persatuan dan persatuan  berhak untuk menggunakan bagi tujuan rasmi serta berkaitan dengan  persatuan. Persatuan juga berhak untuk menggunakan idea dan mengedit   penyertaan bagi tujuan tersebut.

9. Penyertaan yang diterima tidak akan dipulangkan semula.

10. Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti, kesesuian tema dan nilai estetika 

11. Keputusan pertandingan adalah muktamad.


12. Moto pada logo adalah bebas,tetapi mestilah dalam lingkungan 2 hingga 3 perkataan
  •     Hadiah menarik disediakan untuk para pemenang.

Salam Ukhwah Buat Semua...

Alhamdulillah, selepas Mesyuarat Agong (AGM) Pasukan Gerakan SUKSIS (PGS) pada 25 Julai 2010 yang lepas, banyak perubahan yang bakal dilakukan di bawah tampuk pemerintahan yang baru. tidak terlambat rasanya untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada presiden baru, saudara Mohd Taufik Bin Ibrahim yang mendapat undian tertinggi serta sokongan padu untuk memegang jawatan Presiden persatuan yang baru.

Dalam meniti tranformasi dan revolusi bagi meningkatkan produktiviti persatuan serta usaha mempromosikan persatuan ini, pelbagai langkah baru yang dilihat dapat membawa hala tuju persatuan ke arah satu destinasi yang boleh dibanggakan.langkah pertama yang diusahakan oleh persatuan melalui kepimpnan yang baru ini ialah dengan penjenamaan semula persatuan yang membawa kepada perubahan nama persatuan dan beberapa polisi baru. Persatuan yang dahulunya dikenali sebagai PASUKAN GERAKAN SUSKIS (PGS) kini dinamakan PERSATUAN SUKARELAWAN POLIS (PSP) UPSI. Langkah ini sebenarnya diambil atas dasar permintaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA ) dalam melakukan penyelerasan terhadap persatuan di UPSI ini. PSP UPSI menyambut baik permintaan ini dan berpendapat langkah ini bertepatan dengan hasrat persatuan untuk berada lebih maju ke hadapan dan melakukan perubahan demi menuju kegemilangan. Semoga anjakan paradigma ini, membawa seribu satu kemajuan dan kemanisan bagi persatuan ini.

Tidak lupa juga, tahniah diucapkan kepada barisan Majlis Tertinggi dan Exco yang baru bagi sesi 2010/2011 ini. Harapan dan tanggungjawab yang diberi adalah berat. Semoga segala yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

 Akhir kata,dalam menuju ke arah satu perubahan yang jitu, pengorbanan dan usaha amatlah diperlukan. dugaan dan cabaran tidak dapat tidak perlu diharungi. Sekalung doa agar PSP UPSI akan menjadi sebuah persatuan yang disegani. INSYAALLAH...